Berita & Aktiviti Terkini


PERHATIAN : RUANGAN HEBAHAN BARU

Berita Terkini

Bagi memberikan kemudahan kepada pembaca laman PI, ruangan hebahan baru yang terletak disebelah kanan laman web diantara aktiviti semasa dan waktu operasi akan memuatkan segala bentuk hebahan seperti peluang pekerjaan di PI, makluman setempat, pertandingan yang dianjurkan serta segala bentuk hebahan yang akan di senaraikan mengikut kategori.

Diharap dengan wujudnya ruangan hebahan ini para pengunjung akan mendapat kemudahan dan keselesaan dalam melayari laman web PI ini.

Sekian, Terima Kasih.


Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramada 2018

03 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2018 pihak Pusat Internet Kluster Sandakan (Pusat Internet Kg Sungai Kayu) dengan kerjasama KEMAS dan anjuran Sukarelawan Amal Jariah telah mengadakan satu program amal ramadan agihan bubur lambuk telah diadakan di Taman Fajar Batu 7 Sandakan. Program bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk dan aktiviti agihan bermula pada 3.00 petang...... baca seterusnya



Bengkel Videografi Siri 1

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2018 pihak PI telah mengadakan Bengkel Videografi Siri 1 di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Sungai Kayu. Bengkel yang disertai pelajar sekolah seramai 6 orang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1 petang...... baca seterusnya


Pertandingan Dam Haji Online

10 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2018 Pusat Internet Kg Sg Kayu telah mengadakan Pertandingan Dam Haji Online. Bilangan peserta seramai 10 orang dari pelajar sekolah SK Sungai Kayu. Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang dibilik latihan ICT...... baca seterusnya


Aktiviti Origami DIY Penanda Buku

27 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2018 Pusat Internet Kg Sg Kayu telah mengadakan aktiviti origami Do It Youself. Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang dibilik latihan ICT. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membina kecerdasan otak kanak-kanak sekolah dalam mereka dan mencipta hasil origami dari kreativiti dan idea sendiri........ baca seterusnya


Aktiviti Gotong-royong PI 2017

25 November 2017 | Aktiviti Terkini

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di Pusat Internet Kg Sg Kayu. Aktiviti berlangsung selama 3 jam dimana kami bersama-sama adik-adik membersihkan kawasan PI luar dan dalam. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk mencintai kebersihan tidak mengira masa dan tempat. Selain itu, aktiviti sedemikian mampu membentuk keperibadian seseorang agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat....... baca seterusnya


Pertandingan Mewarna

28 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat bersamaan 27 Oktober 2017 PI Sg Kayu mengadakan aktiviti mewarna. Penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah rendah.Objektif pertandingan mewarna ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni....... baca seterusnya







Latihan Ict: Microsoft Word (Siri 2)

10 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Program Latihan ICT Siri 2 iaitu Microsoft Wor(MW) diteruskan lagi pada hari Jumaat 9 Ogos 2017 di mana minggu lepas pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dalam lingkungan Tahun 4 hingg Tahun 6 belajar tentang Pengenalan Kepada Ict........ baca seterusnya


Tayangan Video Klik Dengan Bijak di PI Sg Kayu

29 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang pertama kali dibuat di PI Sg Kayu berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan baik dari pihak pengguna PI. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menerangkan kepada pengguna......... baca seterusnya